Fungsi Terbaru Twitter, Kena Bayar Jika Mahu Lihat Lebih Tweet

Twitter merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan mikroblog yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya kepada para pengikut penulis yang dikenali sebagai follower.

fungsi terbaru twitter, kena bayar jika mahu lihat lebih tweet

Sebelum ini, aplikasi itu disediakan secara percuma kepada semua dan ia boleh ditetapkan sama ada mod umum (public) atau terhad kepada lingkungan rakan-rakan (private).

 

Aplikasi itu kini bakal memperkenalkan satu lagi fungsi terbaharunya yang dikenali sebagai ‘Super Follows’.

fungsi terbaru twitter, kena bayar jika mahu lihat lebih tweet

Fungsi ini membenarkan pengikut sesuatu akaun untuk melihat lebih banyak content tweet, foto atau gambar yang dikongsi pemilik akaun, namun ia memerlukan bayaran tertentu.

 

Buat masa ini, ia sudahpun tersedia kepada beberapa pengguna Twitter di Amerika Syarikat dan Canada serta pada pengguna iOS.

fungsi terbaru twitter, kena bayar jika mahu lihat lebih tweet

Dengan bayaran sebanyak $2.99, $4.99, atau $9.99 (RM 12.39, RM 20.68 dan RM 41.41), ia pasti memberi keuntungan kepada pemilik akaun popular yang ingin berkongsi sebarang content pada pengikut masing-masing.

 

Fungsi seperti ‘Super Followers’ ini mirip kepada fungsi ‘Subscribe’ pada aplikasi lain yang turut mengenakan caj bayaran bagi melihat isi kandungan yang lebih premium seperti Youtube dan lain-lain.

 

Dalam perkembangan lain, Twitter dijangka memperkenalkan fungsi bayaran tip berbentuk wang kripto kepada penggunanya tidak lama lagi.

 

 

Sumber: [1]