Fungsi Baru TikTok Memboleh Ibu Bapa Mengawal Akaun TikTok Anak-Anak Mereka

fungsi baru tiktok memboleh ibu bapa mengawal akaun tiktok anak-anak mereka

Imej: Freepik

Tiktok telah melancarkan ciri baru iaitu Family Safety Mode yang memboleh ibu bapa mengawal akaun Tiktok anak-anak mereka.

Menerusi ciri tersebut, ibu-bapa boleh menetapkan had masa bagi penggunaan aplikasi tersebut, menghadkan penghantaran mesej serta menyekat kandungan tertentu.

Difahamkan, buat masa ini fungsi ini hanya boleh digunakan pakai di negara-negara Eropah. Tak pasti sama ada Tiktok merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini atau tidak.