Pokok aloe vera atau lidah buaya mempunyai banyak manfaatnya. Kebaikan kandungan gel aloe vera adalah ia bersifat antibiotic, antikulat, tidak berbau dan tidak berwarna. Ia adalah sebagai bahan rawatan dan agen penyembuh kecantikan serta kesihatan secara semula jadi. Kalau korang ada tanam pokok aloe vera boleh tambahkan sedikit minyak kelapa dara (VCO) dan sapu pada seluruh badan dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.
Ia boleh dijadikan sebagai pelebat rambut, pelembap kulit, elak rekahan di perut (stretch mark), selamat digunakan untuk seluruh badan kita dan juga boleh digunakan sebagai minyak urut. Lebih mudah, budget yang murah dan selamat digunakan tanpa bahan kimia.
So, kalau korang ada tanam pokok aleo vera kat rumah, jangan lupa untuk try cara ini. Rugi tak cuba. Selamat mencuba!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita