Fulamak! Komet Terbesar Dunia Ditemui, 15 Kali Ganda Ketinggian Gunung Everest!

Pasukan saintis berjaya menemui sebuah komet gergasi yang secara rasminya digelar sebagai komet terbesar dalam sejarah, setakat ini.

fulamak! komet terbesar dunia ditemui, 15 kali ganda ketinggian gunung everest!

Diameter komet itu mencecah 136 kilometer, iaitu 15 kali ganda ketinggian Gunung Everest, dan dua kali lebih besar daripada komet Hale-Bopp yang terkenal sejak dua dekad lalu sebagai komet terbesar yang pernah ditemui oleh manusia.

Komet gergasi baharu ini diberi nama C/2014 UN271 (Bernardinelli-Bernstein), digelar 'BB' secara ringkasnya.

Sebahagian besar permukaan komet ini adalah ais, dan ia ditemui dalam perjalanan ke orbit matahari, pusat sistem suria kita.

Para saintis meramalkan komet BB akan mencapai jarak terdekatnya dari matahari pada 21 Januari 2031.

Merujuk kepada artikel saintifik yang diterbitkan dalam jurnal Astronomy dan Astrophysics Letters, komet BB juga dipanggil “komet paling tulen yang pernah dipantau oleh ahli astronomi.”

Ahli astronomi yang menemuinya buat kali pertama ialah Pedro Bernardinelli dan Gary Bernstein.

Emmanuel Lellouch, dari Observatoire de Paris di Perancis, mengetuai pasukan yang menjalankan kajian lanjut tentang penemuan BB. 

Berdasarkan kajian susulan itu, komet BB bergerak kerana ia mengandungi jumlah karbon monoksida dan karbon dioksida yang luar biasa. 

“Corak pergerakan menyerupai Hale-Bopp, kerana komet itu dipengaruhi oleh orbit matahari dan bergerak lebih dekat dengannya,”  simpul pasukan yang diketuai oleh Lellouch.

Pemantauan Comet BB dijalankan melalui teleskop paling sensitif di dunia, yang dipanggil Atacama Large Millimeter Array (ALMA). Teleskop itu, menurut pasukan Lellouch, berupaya memerhatikan komposisi kimia komet BB semasa fasa "perihelion", ini adalah istilah yang digunakan untuk momen apabila komet paling hampir dengan permukaan matahari.

Walaupun ia dianggap “dekat”, jarak antara matahari dan komet BB pada tahun 2031 akan bersamaan dengan jarak antara bintang dalam sistem suria kita dan planet Zuhal, ia bermaksud kira-kira 1.6 juta kilometer dari bumi.

Akibatnya, kita tidak akan dapat melihat komet BB dengan Matahari melalui mata kasar, melainkan menggunakan teleskop. 

Walau bagaimanapun, saintis memberi amaran bahawa komet seperti BB mendekati sistem suria sekali setiap 3 juta tahun. 

Demikian, 2031 menjadi detik bersejarah yang tidak boleh dilepaskan oleh orang ramai yang berminat dengan keajaiban alam semesta, yang mana tarikhnya dikatakan akan jatuh pada 21 Januari 2031.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN