Putih, Pendiam & Pandai Memasak, Lelaki ‘Kahwin’ Dengan Periuk Nasi

‘Putih, pendiam dan pandai memasak,’ itu ciri-ciri yang disebut seorang lelaki yang mengenakan pakaian pengantin lalu ‘menikahi’ sebuah periuk nasi.

putih, pendiam & pandai memasak, lelaki ‘kahwin’ dengan periuk nasi

Beberapa keping foto yang tular di media sosial sejak minggu lalu telah dimuatnaik seorang pengguna Twitter, menunjukkan pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam, mengenakan pakaian pengantin serba putih pada ‘majlis’ tersebut.

 

Pada foto pertama, lelaki itu dilihat memegang periuk nasi yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.

putih, pendiam & pandai memasak, lelaki ‘kahwin’ dengan periuk nasi

Foto kedua pula menunjukkan beliau mengucup periuk nasi itu dan foto ketiga kelihatan beliau duduk sambil menandatangani sehelai kertas.

putih, pendiam & pandai memasak, lelaki ‘kahwin’ dengan periuk nasi

putih, pendiam & pandai memasak, lelaki ‘kahwin’ dengan periuk nasi

Meskipun foto-foto itu sekadar hiburan semata-mata, aksi Khoirul telah mengundang tawa ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi dari netizen.

 

“Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.

“Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” kata seorang lagi.

 

Sumber: [1]