Bandar Florida Terpaksa Kuarantin Gara-Gara Siput Babi Gergasi

Gara-gara penemuan siput babi gergasi, seluruh bandar Florida terpaksa menjalani kuarantin selama dua tahun.

bandar florida terpaksa kuarantin gara-gara siput babi gergasi

Siput berkenaan dilaporkan sangat besar sehingga boleh mencapai saiz 20.32 sentimeter (cm) seperti tikus.

.

Menurut laporan, siput yang berasal dari Afrika itu dikesan membawa parasit lungworm yang boleh menyebabkan meningitis kepada manusia.

bandar florida terpaksa kuarantin gara-gara siput babi gergasi

Arahan kuarantin yang dikenakan bagaimanapun bukanlah seperti perintah berkurung ketika wabak COVID-19, sebaliknya penduduk dilarang untuk memindahkan tumbuhan, tanah, sisa halaman, serpihan, baja dan bahan binaan di luar kawasan zon.

.

Siput berkenaan ditemui di bandar Port Richey, utara Tampa pada 23 Jun lalu, sebelum arahan kuarantin dilaksanakan pada keesokan harinya.

.

Selain membahayakan manusia, ia juga boleh merosakkan alam sekitar, menjejaskan lebih 500 pelbagai tumbuhan serta konkrit dan infrastruktur.

.

Siput itu juga boleh membiak dengan cepat dan mampu menghasilkan kira-kira 1,200 telur dalam setahun.

.

“Setiap siput mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina.

“Selepas proses pengawanan sekali sahaja, setiap siput boleh menghasilkan 100 hingga 500 biji telur.

“Malah, siput ini boleh membiak beberapa kali tanpa mengawan lagi. Serangga itu mampu menghasilkan telur setiap dua hingga tiga bulan,” jelas Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS).

.

Tambah lagi, siput itu sukar dimusnahkan jika dibanding dengan siput biasa kerana ia tidak mempunyai sebarang pemangsa semulajadi.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN