Jenama radio nombor satu Pantai Timur, GEGAR memperbaharui segmen Bro Pagi GEGAR dengan memperkenalkan penyampai baharu, Fizie Roslan.
Perkara itu diumumkan menerusi Sidang Media “Bareyyy Jadi di Gegar” di Radio Lounge, Astro Radio, pagi tadi.
Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia, pengenalan tujuh barisan baharu Gegar adalah sebagai langkah strategik untuk terus relevan, meningkatkan mutu dan memberi yang terbaik kepada pendengar.
Berikut adalah segmen dan penyampai bagi jenama radio nombor satu Pantai Timur, Gegar:
• Segmen baharu ‘Bro Pagi GEGAR’, dihoskan oleh Issey dan Fizie, dari jam 6 hingga 10 pagi bakal menceriakan waktu pagi peminat dengan pengisian baharu, termasuk:
o WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?, di mana Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan portal berita.
o Guano Preh, Skalo Bereh, di mana peminat diberi peluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
o Yang GEGAR, Yang Gogek, di mana Issey dan Fizie akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama peminat.
o Open Table, topik perbincangan harian bersama pendengar.
o Abe Salok Madu, di mana Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
o Bro Talk, di mana Fizie akan berkongsi petikan tentang topik harian bersama peminat.
• Segmen ’GEGAR 10-3’ turut diberi pembaharuan dengan memperkenalkan gandingan baharu Scha Musa dan Shah Muhammad, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, dengan pengisian terkini, termasuk:
o Lagu SS, di mana Shah dan Scha akan memilih 1 lagu kegemaran masing-masing dan meletakkan lagu-lagu tersebut di TikTok untuk undian pendengar.
o Ko Kenapa Bang?, Scha dan Shah akan membuka satu topik perbincangan dan mereka akan berkongsi pendapat dari sudut pandang seorang lelaki dan seorang wanita.
o Pilihan Lagu atau Karaoke, di mana peminat diberi peluang untuk mendedikasikan lagu atau sesi karaoke bersama peminat pada waktu berehat pejabat.
o Baru @10-3, di mana peminat berpeluang mendengar lagu-lagu terbaharu bersama artis jemputan di GEGAR.
• Manakala segmen ‘GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea’, dari jam 3 petang hingga 7 malam akan terus menghiburkan peminat dengan pengisian seperti:
o FYP Terr, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan komuniti setempat.
o Jolo Ko Pak Dor, di mana Ewan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.
o Bbual Sek Kito, di mana peminat diberi peluang untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.
o Gali Ilmu, di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik berkaitan agama bersama tetamu jemputan.
• Di segmen ‘GEGAR Malam’, para peminat akan ditemani oleh Aswad Jalil, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam dengan pengisian baharu, iaitu:
o Layang Perasaang, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu-lagu cinta dan jiwang di udara untuk dimainkan oleh Aswad.
Peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti GEGAR di hujung minggu, pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan segmen-segmen menarik termasuk Seleksi GEGAR, pilihan lagu terbaik; Senja Pantai Timur, pilihan lagu nasyid terbaik; 90-an GEGAR, pilihan lagu di tahun 90an; Retro GEGAR, pilihan lagu-lagu terbaik dan malar segar; serta banyak lagi.