Jumlah Penonton Final Piala Malaysia 2023 Berjaya Atasi Konsert Coldplay

Jika sebelum ini kehadiran kumpulan rock British iaitu Coldplay telah mencatatkan sebanyak 75,000 kehadiran di Stadium Nasional Bukit Jalil, iaitu yang merupakan tertinggi pada ketika itu dengan mengatasi rekod kehadiran konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza, nampaknya rekod itu berjaya ditewaskan baru-baru ini.

 

Menerusi final Piala Malaysia 2023 melibatkan dua pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC), seramai 80,550 kehadiran berjaya dicatatkan di stadium berkenaan.

jumlah penonton final piala malaysia 2023 berjaya atasi konsert coldplay

Menurut laporan Stadium Astro, kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia pada Jumaat (8 Disember) telah mencatatkan kehadiran penonton yang tertinggi berbanding dengan jumlah penonton di konsert Coldplay.

 

Terdahulu, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah memberi bayangan akan mengadakan satu konsert dan berhasrat mengulangi sejarah rekod jumlah penonton terbanyak di stadium berkenaan.

 

Sumber: Stadium Astro