Filem Thor: Love and Thunder Ditunda Lagi Ke Satu Tarikh Yang Tidak Diketahui!

Peminat filem adiwira Thor sekali lagi terpaksa bersedih hati selepas tayangannya di Malaysia ditunda buat kali kedua sehingga ke suatu tarikh yang tidak diketahui!

filem thor: love and thunder ditunda lagi ke satu tarikh yang tidak diketahui!

Menerusi perkongsian Golden Screen Cinemas (GSC) di Facebook, tulisnya, “Disney telah mengemas kini kami bahawa filem Thor: Love and Thunder di Malaysia kini “TBA” - tarikh keluaran kini tidak bertarikh.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran anda dalam perkara ini sementara kami menunggu lebih banyak kemaskini daripada Disney.”

Terdahulu, filem Thor: Love and Thunder yang dijadualkan tayangan pada 7 Julai ditunda ke 21 Jun 2022 oleh The Walt Disney Company (Malaysia).

Terdapat spekulasi yang mengatakan penundaan itu adalah disebabkan oleh fenomena filem Mat Kilau yang mencatatkan kutipan jutaan ringgit dengan pantas.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal sama sekali oleh pihak pengedar yang mengatakan ia adalah disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN