Filem Terbaru Tom Cruise Pecah Panggung Dengan Kutipan Lebih RM3 Bilion

Filem terbaru Tom Cruise, Top Gun: Maverick berjaya melepasi kutipan panggung wayang sebanyak AS$900 juta (RM3,964,050,000) pada hari ke-25 tayangannya di serata dunia.

filem terbaru tom cruise pecah panggung dengan kutipan lebih rm3 bilion

Filem itu yang mengutip AS$472.8 juta di Amerika Utara dan AS$427.1 juta di peringkat antarabangsa kini memegang carta sebagai filem pecah panggung dengan kutipan tertinggi yang pernah dibintangi Cruise, sekaligus melepasi Mission: Impossible - Fallout.

Menurut sumber pengedaran Paramount menjelang tayangan hujung minggu keempat di Amerika Utara, 16 peratus daripada penonton dilaporkan telah kembali lebih dari sekali, dengan empat peratus kembali tiga kali atau lebih.

Ia merupakan filem kedua tertinggi Paramount di Amerika Syarikat selepas Titanic pada 1997 yang mengutip AS$659.4 juta.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN