Filem Polis Evo 3 Muncul Filem Nombor Satu Negara Tahun 2023

Kejayaan demi kejayaan dicatat filem Polis Evo 3 selepas berjaya menjadi filem nombor satu di Malaysia untuk tahun 2023.

 

Filem arahan pengarah Syafiq Yusof itu terus mencatat kejayaan apabila berjaya mengutip RM30 juta dalam masa sembilan hari di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

filem polis evo 3 muncul filem nombor satu negara tahun 2023

Berita gembira ini turut dikongsi penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam di Instagram syarikat produksi Skop Productions pada Sabtu.

 

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang mana sehingga semalam RM 30 juta dalam masa sembilan hari sahaja. Sebagai penerbit Skop Productions, saya harap sokongan berterusan dan saya juga amat berbesar hati melihat sokongan penonton di seluruh Malaysia.

"Segala yang baik datang daripada Allah SWT," ucapnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SKOP PRODUCTIONS (@skop_ig)

 

Terdahulu, Polis Evo 3 telah menghasilkan jualan tiket sebanyak RM16 juta dalam tempoh hanya empat hari selepas ditayangkan. Tambah lagi, Polis Evo 3 berjaya mengaut RM 25 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi dan 1 hari tayangan awal, berbanding RM 23 juta dalam tempoh 44 hari untuk filem Polis Evo 2.

 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

kutipan hari pertama polis evo 3 melebihi fast x dua kali ganda!

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sumber: Astro AWANI