Dalam Tiga Hari Tayangan, Filem Ma, I Love You Berjaya Raih RM1.2 Juta!

Filem terbaharu karya sutradara tersohor, Chiu Keng Guan berjudul Ma, I Love You telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh tiga hari tayangan.

dalam tiga hari tayangan, filem ma, i love you berjaya raih rm1.2 juta!

Pengarah yang berjaya menghasilkan naskhah pecah panggung seperti The Journey dan Olabola itu kini mengulangi pencapaiannya menerusi filem terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama.

dalam tiga hari tayangan, filem ma, i love you berjaya raih rm1.2 juta!

Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi. Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan ‘Ma I Love You’ yang kini ditayang di pawagam seluruh Malaysia.

 

‘Ma, I Love You’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei, Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.

dalam tiga hari tayangan, filem ma, i love you berjaya raih rm1.2 juta!

Menurut Chiu Keng Guan, beliau bersyukur kerana filem itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penoton.

 

“Saya bersyukur filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

“Niat saya menghasilkan filem ini bukan sahaja memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kepada penonton tercapai.

“Saya merasa sangat terharu apabila melihat reaksi penonton selepas menonton filem ini, ada yang berpelukan sesama keluarga dan ada yang memberitahu saya, mereka mula tersedar kasih saying itu perlu diluahkan atau ditunjukkan supaya menampakkan ia lebih menghargai.

“Saya berharap kepada sesiapa yang belum sempat menonton filem ini dapat meluangkan masa menonton filem ini bersama keluarga. Saya percaya momen bersama menonton dengan yang tersayang akan menjadi satu kenangan yang sangat manis buat anda sekeluarga,” katanya.

Filem Ma, I Love You mula ditayangkan di pawagam sejak 22 Januari lalu. Berikut adalah antara komen positif daripada penonton menerusi media sosial.

 

  • MAMA, I LOVE YOU! Is a good story well told. And in Chiu Keng Guan’s unique style with a subtext of how we can all learn from each other & experience life through our mistakes without pointing fingers at anyone. Great start to the new year! - Hassan Muthalib.
  • I highly recommend Ma I Love you for the holidays in the cinema. Good and watchable movie. Suitable for family outing. - @ahmadyazid
  • Still cannot move on with movie Ma, I Love You. It's not our mom who can't live without us, but it's us who can't live without our mom. - @ehsankam
  • I break the queue. Filem Ma, I Love You ni memang sebuah filem yang cukup rencah sebagai filem Malaysia yang berpijak di bumi nyata. Siyes. Sangat brilliant. – Fariszuan Azhar
  • “Ma, I Love You”《真爱好妈》is an emotionally resonant film about a mother and her daughter. Fantastic film to celebrate the Chinese New Year with! Highly recommended! - Jack Chan Wah Loong

dalam tiga hari tayangan, filem ma, i love you berjaya raih rm1.2 juta!