Tak dinafikan, fesyen tie-dye ni sangat famous satu ketika dahulu. Semua baju nak berkonsepkan tie-dye dan ramai yang belajar cara untuk DIY kan tie-dye ni.
Korang tau tak sejarah ringkas tentang tie-dye?
Sebenarnya corak tie-dye ni mula popular di India dan dikenali sebagai Bandhani. Kemudian, corak tersebut berkembang di Jepun. Setelah itu, barulah corak bertemakan pelangi itu popular di Amerika Syarikat.
Tahun 2020 dikatakan rekaan tie-dye ini bakal kembali trending dalam industry fesyen dunia.
Perkara ini dilihat melalui rekaan dari pereka terkemuka apabila menereka menampilkan tie-dye untuk rekaan musim panas.
Sumber: Sinar Harian