Ferrari Daytona Satu Dalam Dunia Dijumpai Selepas 40 Tahun

Satu-satunya model sebuah kereta Ferrari klasik yang disangka hilang, ditemui di bangsal dan ia telah membawa kepada jualan kereta itu kepada orang awam di Itali.

ferrari daytona satu dalam dunia dijumpai selepas 40 tahun

Ferrari Daytona bakal dijual dengan harga mencecah RM8.1 juta selepas dibiar tersadai di dalam sebuah bangsal selama 40 tahun.

Menurut laporan, model Ferrari 365 GTB/4 Daytona Berlinetta itu adalah keluaran tahun 1969 dan dikeluarkan dari sebuah bangsal di Jepun pada 2017.

Dalam 1,200 model Daytona telah dihasilkan pada 1969 hingga 1973, tetapi hanya lima buah sahaja yang dibuat dalam versi ringan dibina daripada aluminium.

Dan daripada lima kenderaan itu, hanya satu sahaja yang dihasilkan untuk kegunaan atas jalan raya. 

Muzium Musei Ferrari di bandar Modena berkongsikan gambar model Daytona di  laman Facebook milik mereka yang menunjukkan keadaan kereta berkenaan diselaputi oleh habuk.

Ia bakal menjalani proses baik pulih oleh syarikat Ferrari sendiri, namun firma dari Itali itu berpendapat orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan keadaan kenderaan itu yang asal.

“Sebuah model unik. Ia adalah satu-satunya ‘aloi’ Daytona yang wujud,” kata Musei Ferrari di akaun Facebooknya. 

Sumber: Kosmo