Fernandes & Pogba Menyerlah Untuk United!

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Manchester United mulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kemenangan. The Red Devils menumpaskan Leeds 5-1 di Old Trafford. Kemenangan tersebut lebih bermakna buat United dengan kehadiran 73,000 penyokong di stadium – kehadiran penonton paling ramai di UK sejak Mac 2020 akibat COVID-19.

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Kehadiran penyokong yang ramai menghidupkan kembali suasana bola sepak selepas sebahagian besar aksi musim lalu dilangsungkan tanpa penonton kerana pandemik yang melanda. Penyokong setia United turut diperkenalkan dengan pemain baru mereka iaitu Raphael Varane yang melengkapkan perpindahan daripada Real Madrid. Kehadiran Varane menambah kekuatan benteng pertahanan United untuk saingan musim ini dan dijangka akan digandingkan dengan kapten pasukan, Harry Maguire.

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Pemain yang mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut sudah tentunya Bruno Fernandes. Fernandes membuka jaringan pada babak pertama untuk membolehkan United memasuki bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol. Leeds memulakan babak kedua dengan garang dan berjaya menyamakan kedudukan. Namun kedudukan tersebut hanya kekal selama 3 minit apabila Mason Greenwood meletakkan anak buah Solskjaer kembali di depan.

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Selepas itu Fernandes kembali mencuri tumpuan. Dia menambah 2 lagi jaringan dalam tempoh 6 minit untuk melengkapkan hatrik pertamanya bersama United. Kemudian, Fred menambah derita Leeds apabila menjaringkan gol terakhir untuk melengkapkan kemenangan bergaya United.

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Selain Fernandes, seorang lagi pemain turut mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut iaitu Paul Pogba. Pemain tengah ini mencipta 4 bantuan gol dalam perlawanan tersebut. Power kan? Nak tahu berapa jumlah assist Pogba musim lalu? 3 je. Maknanya Pogba dah mengatasi pencapaian dia musim lalu!

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Namun persoalan utamanya ialah mampukah Pogba mengekalkan prestasi cemerlang ini? Penyokong United pasti lebih arif dengan prestasi tak menentu Pogba ni. Semua peminat bola sepak tahu Pogba merupakan pemain yang berkualiti tapi konsistensi yang menjadi persoalan.

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Kemenangan besar ini juga rasanya tidak membuktikan apa-apa untuk Ole Gunnar Solskjaer. Kalau kita imbas kembali, Solskjaer tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan apabila berdepan pasukan yang mengamalkan permainan terbuka macam Leeds. Masalah Solskjaer sebelum ini ialah apabila berdepan pasukan yang mengamalkan corak permainan bertahan. Ingat tak musim lepas United kalah 1-2 kepada Sheffield United di Old Trafford?

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Solskjaer perlu buktikan bahawa taktikal dan strateginya musim ini mampu menewaskan pasukan kerdil yang pastinya akan mengamalkan corak bertahan musim ini. Andaikata Solskjaer masih gagal menewaskan pasukan seumpama ini, dia pasti berdepan kritikan dan tekanan. Ini kerana dia berjaya mendapatkan pemain yang diingininya iaitu Jadon Sancho. Kehadiran Raphael Varane juga dilihat mengukuhkan lagi benteng pertahanan United. Manchester United juga dilabel antara pasukan yang akan mencabar kejuaraan liga musim ini. Susah nak beri cabaran kepada Manchester City dan Chelsea kalau tak menang lawan pasukan kerdil kan?

fernandes & pogba menyerlah untuk united!

Eh, betul ke perlawanan Manchester United dengan Leeds ni aksi pembukaan EPL musim ni? Arsenal lawan Brentford tu friendly kan?

 

Oleh: Karami Kamel