Feri Baru Pulau Pinang Bakal Operasi Percuma Mulai 7 Ogos Depan

Orang ramai dilapor bakal menikmati perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos sehingga 7 September ini.

feri baru pulau pinang bakal operasi percuma mulai 7 ogos depan

Menurut Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, feri atau katamaran itu akan mengubungkan bahagian pulau dan tanah besar dengan sebanyak empat feri baharu disediakan.

 

Feri baharu itu digunakan bagi menggantikan bot laju dan feri ikonik sebelum ini.

 

"Setakat ini kita ada empat buah feri yang mana setiap feri bernilai RM18 juta yang akan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 8.30 malam setiap hari. Sebuah feri mampu menampung 150 pejalan kaki serta 50 buah motosikal dan basikal dalam satu masa.

"Bagaimanapun, hanya tiga feri akan beroperasi setiap hari dan sebuah lagi untuk 'standby'.

"Setiap feri akan mengambil masa 10 minit dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak," katanya.

feri baru pulau pinang bakal operasi percuma mulai 7 ogos depan

Perkara itu turut dikongsikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi video Tiktok.

 

@chowkonyeow Feri baru akan mula beroperasi secara percuma selama sebulan mulai 7 Ogos ini 🫰🏼 #pulaupinang #penang #feri #cmchow ♬ original sound - ChowKonYeow

 

Empat feri baharu yang disediakan itu dinamakan sebagai Teluk Kumbar, Teluk Bahang, Teluk Duyung dan Teluk Kampi dari limbungan kapal di Haiphong, Vietnam.

 

Buat masa ini, keempat-empat feri itu sedang menjalani proses percubaan selama empat minggu, melibatkan latihan kalangan pengemudi dan untuk mendapatkan tauliah daripada Jabatan Laut.

 

Belum ada harga tambang yang diumumkan buat masa ini dan ia bakal diperkenalkan dengan harga berpatutan.

 

Sumber: Sinar Harian / Tiktok