Fenomena Sugu Pavithra Sampai Kat PM

Pernah dapat hadiah daripada Perdana Menteri? Tak pernah kan…Ha samalah kita…Hehehe.

Sebenarnya point saya kat sini bertuahnya bila dapat sebab bukan semua ada rezeki dapat hadiah daripada Perdana Menteri kan. Kalau dapat tu maknanya ada sesuatu yang istimewa macam YouTuber terhangat masa kini Sugu Pavithra…eccewah!

Menariknya dia popular sebab video masakan dia. Tapi ramai je yang buat video masakan kan…kenapa pulak dia boleh popular sampai ada hampir setengah juta follower walaupun baru beberapa bulan je jadi YouTuber. Bagi saya banyak X Factor yang Pavithra ada.

Contohnya bahasa yang dia gunakan. Pavithra tak pilih berbahasa Tamil sebaliknya guna Bahasa Melayu dan fasih ya kawan-kawan! Jadi ramai yang boleh faham.

Ramai juga tertarik dengan gaya percakapannya yang lemah lembut…memang cair dan sejuklah hati. Peralatan yang digunakan pun begitu asas. Takde unsur bermewah dan bermegah. Semuanya serba sederhana tapi semuanya kemas, bersih dan teratur.

Paling seronok bila tengak dia dapat sokongan, bantuan dan kerjasama suami tercinta untuk menghasilkan video.  Anak-anak pun ‘sporting’ je. Pendek kata keluarga Sugu ni melambangkan konsep bahagia itu sederhana. Ha camtu 😊

fenomena sugu pavithra sampai kat pm

Ok kita berbalik semula dengan cerita dapat hadiah daripada PM. Selain kad ucapan istimewa banyak juga hadiah Pavithra dan suami dapat antaranya bahan-bahan masakan daripada beras sampailah ke rempah ratus…jugak ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi elektrik. Tripod pun dapat. Bolehlah buat video lebih cun sebab sebelum ni Pavithra hanya guna cawan dan minta bantuan suami untuk pegang telefon untuk rakam video masakannya.

Ni satu lagi part yang saya suka. Pasangan ni ada bagi tahu yang mereka akan masak dan jamu jiran-jiran dengan bahan makanan yang dihadiahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baik betul hati.

Tapi baru ni ada dengar cerita kurang enak. Mungkin ada yang dengki atau kurang senang dengan kejayaan pasangan ni. Janganlah macam tu. Itulah namanya rezeki. Dah tertulis itu rezeki mereka. Kan elok kita sama-sama tumpang gembira. Janganlah jadi punca kepada orang-orang baik ni putus asa dan kecik hati. 

fenomena sugu pavithra sampai kat pm

Daripada asyik persoal rezeki Pavithra dan suami apa kata kita cuba resepi yang mereka kongsi. Nanti boleh hidang kat keluarga masa berbuka puasa. Raya pun dah tak lama lagi. Macam best je buat kari macam Pavithra ajar…padankan pulak dengan roti jala. Pergh terangkat!!! 

 

Oleh: KJ

Sumber: AWANI, KBS, YouTube Sugu Pavithra, YouTube DramaTwo & internet

ARTIKEL BERKAITAN