Aneh, Kawasan Gurun Terkering Di Bumi Kini Dilitupi Salji

Siapa sangka kawasan yang dahulunya dianggap sebagai kawasan gurun terkering di dunia, kini sudahpun dilitupi dengan salji dan udara sejuk?

aneh, kawasan gurun terkering di bumi kini dilitupi salji

Fenomena itu berlaku di gurun Atacama di Chile yang sebelum ini dianggap sebagai kawasan terkering di muka bumi, namun kini sebahagian daripada gurun itu tertutup dengan lapisan salji tebal.

aneh, kawasan gurun terkering di bumi kini dilitupi salji

Perkara itu mendapat perhatian pegawai Pusat Meteorologi Wilayah Utara, Daniel Diaz.

 

“Perkara ini tidak berlaku setiap tahun. Mungkin salji yang agak tebal seperti hari ini boleh berlaku setiap dua atau tiga tahun. Namun untuk ia berlaku pada akhir Ogos adalah sesuatu yang agak luar biasa kerana salji biasanya turun pada Jun dan Julai” katanya.

aneh, kawasan gurun terkering di bumi kini dilitupi salji

Fenomena itu juga telah membuatkan pakar berasa bimbang dengan pencairan ais dan hujan yang boleh menyebabkan banjir besar bakal berlaku.

 

Foto tular di internet menunjukkan kenderaan dilitupi ais dan kanak-kanak bermain salji setebal 15 cm, di kawasan yang hanya menerima hujan beberapa milimeter setiap tahun.

aneh, kawasan gurun terkering di bumi kini dilitupi salji

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan penjelasan kukuh mengenai fenomena yang berlaku ini.

 

Sumber: [1]