Kejadian ‘gempa bintang’ dilaporkan telah dikesan balai cerap angkasa milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) baru-baru ini.
Fenomena itu menurutnya adalah menyerupai gempa dan tsunami yang berlaku di Bumi.
.
Ia dikesan Gaia iaitu balai cerap milik ESA yang telah dilancarkan pada 2013 bertujuan mengkali Galaksi Bima Saksi dan telah menghasilkan peta galaksi. Gaia juga mempunyai maklumat mengenai bintang dan komposisi kimianya termasuk warna, usia, suhu dan tahap kecerahan.
Malah, Gaia juga telah mengesan gempa bintang yang mengubah bentuk sesuatu bintang, demikian menurut ESA dalam satu kenyataan.
.
Tambah lagi, misi itu turut mengesan ayunan yang menjadikan bintang mengembang dan mengecut sambil mengekalkan bentuknya. ESA menyifatkan gempa bintang itu sebagai gerakan kecil pada permukaan bintang yang mengubah bentuknya.
.
“Gempa bintang banyak mengajar kita tentang bintang, terutamanya aktiviti mereka. Gaia sedang membuka lombong emas untuk 'asteroseismology' bintang besar," kata Conny Aerts dari KU Leuven di Belgium, yang merupakan ahli kerjasama Gaia.
.
Sumber: [1], [2]