FBI Tawar Ganjaran Lebih RM41 Juta Jika Anda Tahu Maklumat Kumpulan Ini

Beberapa minggu lalu, operasi kumpulan penggodam Darkside telah berjaya dilumpuhkan oleh beberapa agensi kerajaan seperti FBI dan Cyber Command.

 

Kumpulan penggodam itu dilaporkan telah meniriskan maklumat yang dicuri seperti lakaran produk Apple yang belum dilancarkan sebelum ini.

fbi tawar ganjaran lebih rm41 juta jika anda tahu maklumat kumpulan ini

Kumpulan yang disebut sebagai DarkSide menjadi sasaran pihak berkuasa pelbagai negara ini juga pernah menyebabkan bekalan minyak di Amerika Syarikat terganggu.

 

Ekoran itu, FBI kini meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan ahli serta pemilik DarkSide.

 

Jika maklumat yang diberikan itu sahih, si pemberi maklumat akan diberikan ganjaran sehingga $10 juta (kira-kira RM41 juta) oleh FBI.

fbi tawar ganjaran lebih rm41 juta jika anda tahu maklumat kumpulan ini

Menerusi iklan yang ditawarkan dibawah Department of State’s Transnational Organized Crime Rewards Program (TOCRP) , pihak FBI juga boleh dihubungi menerusi laman web, WhatsApp, Signal dan Telegram.

 

Sumber: [1], [2]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN