Korang perasan tak kalau makan ikan pari mesti bau hanyir dia semacam dan kurang menyenangkan. Orang tua tua kata ikan pari ni hancing disebabkan datang bulan sama macam manusia. Berbezanya, ikan pari datang bulan dua atau tiga kali dalam setahun.
That’s why ikan pari harus dibasuh dengan betul sebelum nak masak. Ikan pari tidak menggunakan mata untuk mencari mangsa tetapi ia menggunakan elektro sensor yang dikenali sebagai ‘ampullae of lorenzini’ untuk mencari makanan.
Tak semua ikan pari mempunyai sengat di pangkal ekornya contoh seperti ikan pari bendera dan kelawar. Dikatakan sengat pangkal ekornya sangat bercun dan boleh membunuh manusia. Kalau terkena sengatnya harus terus ke hospital.
Ikan pari juga biasanya hidup bersendirian tidak seperti ikan-ikan yang lain hidup berkumpul dan bergerak ke sana ke sini berkumpulan. Ikan pari mengamalkan sikap solitary iaitu hidup bersendirian. Loner hahah
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: wanista