Eh, Hari Ni 29 Februari Lah! Empat Tahun Sekali Je Kita Jumpa Tarikh Ni

eh, hari ni 29 februari lah! empat tahun sekali je kita jumpa tarikh ni

Cuba korang tengok calendar, apakah tarikh hari ni?

Ya, 29 Februari 2020! Tahun ni merupakan tahun lompat dan kita hanya akan berjumpa dengan tarikh ni pula tahun 2024 pula. Perghhh lama lagi tu!

So, hari ni kitorang nak share dengan korang apa yang menarik tentang tahun lompat ni:

1. Orang yang lahir 29 Februari ni hanya satu dalam 1500 orang.

2. Dekat Hong Kong, orang yang lahir 29 Haribulan akan sambut pada 1 Mac. Tapi dekat New Zealand pula akan smabut pada 28 Februari. Jadi, kalau korang yang lahir 29 Februari, boleh lah terbang ke kedua-dua negara pada tarikh tersebut untuk sambut birthday dua kali.

3. Seorang rakyat Norway yang dikenali sebagai Karin Henriksen telah melahirkan tiga orang anaknya pada tarikh 29 Februari- Anak perempuan tahun 1960, dua orang anak lelaki pada 1964 dan 1968.

4. Seseorang yang terkenal dari Tasmania, Sir James, telah lahir pada 29 Februari 1812 dan meninggal dunia pada 29 Februari 1880.

5. Disebabkan 29 Februaru dikenali sebagai tahun lompat, jadi katak merupakan binatang paling signifikan untuk tarikh tersebut.

Sumber: Live The Journey