Kayu Ini Sekeras Besi, Ini Fakta Mengenai Kayu Belian

Terdapat pelbagai khazanah dan sumber alam di bumi ini. Malah, hutan di negara kita turut menyimpan pelbagai flora dan fauna yang sangat bernilai dan mempunyai kelebihannya tersendiri, misalnya kayu daripada pokok.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Terdapat pelbagai jenis pokok yang tumbuh dalam hutan negara kita. Misalnya, meranti, cengal dan lain-lain lagi, digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk kegunaan tempatan mahupun dieksport keluar negara.

.

Antara yang sering disebut sejak akhir-akhir ini adalah kayu dari pokok jenis belian yang telah digunakan bagi membina sebuah jeti di Sarawak hingga kos pembinaannya mencecah RM50,000.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Pokok belian atau nama saintifiknya Eusideroxylon zwageri, merupakan sejenis pokok yang unik dan mempunyai ciri pertumbuhan yang istimewa. Ia merupakan pokok kayu keras yang bukan tergolong dalam kumpulan Dipterokarpa.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Pokok belian tumbuh dengan perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai garis pusat 30 cm. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 30 m - 40m, dengan diameter batang pokok mencapai 1 m.

.

Biasanya, pokok belian boleh dijumpai di sepanjang sungai dan ia merupakan pokok rasmi bagi negeri Sarawak.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Apa yang membuatkan pokok ini mempunyai nilai yang tinggi adalah kerana mutunya yang sangat baik. Kayunya juga sangat keras, malah dikataka setanding dengan besi. Ia juga tidak mudah reput dan tahan secara semulajadi hinggakan kayu ini mendapat gelaran “Borneo ironwood”.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Disebabkan ciri-cirinya itu, maka ia banyak digunakan dalam pembinaan berat dan berskala besar seperti struktur rumah, tiang, lantai dan dinding. Kepingan papan dari pokok belian juga digunakan sebagai hiasan luar bumbung rumah. Misalnya rumah panjang kaum Dayak sering menggunakan kayu belian sebagai bahan asas binaan mereka. Malah, ada sesetengah tempat di Sarawak yang masih menggunakan kayu belian sebagai tiang elektrik.

kayu ini sekeras besi, ini fakta mengenai kayu belian

Ekoran daripada nilainya yang sangat tinggi dan mengambil masa yang sanbat lama untuk tumbuh, maka pengeksportan kayu belian telah diharamkan dalam perundangan Sarawak dan Indonesia, bagi tujuan memelihara pokok ini untuk kegunaan tertentu sahaja.

.

Sumber: [1], [2], [3]