Ini Fakta dan Sejarah Terciptanya Hari Wanita Sedunia

Tarikh 8 Mac setiap tahun adalah dikhususkan bagi meraikan wanita-wanita seluruh dunia.

ini fakta dan sejarah terciptanya hari wanita sedunia
 
Justeru, sambutan Hari Wanita Sedunia diraikan dengan cukup meriah di serata dunia khususnya buat para wanita tanpa mengira latar belakang, etnik dan budaya.

ini fakta dan sejarah terciptanya hari wanita sedunia
 
Berikut adalah antara fakta-fakta menarik disebalik tercetusnya Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada tarikh 8 Mac setiap tahun:
 
1. Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

2. Merujuk kepada sejarah, kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah.

3. Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

ini fakta dan sejarah terciptanya hari wanita sedunia

4. Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Saat itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.

5. Selain warna ungu, hijau dan putih pernah dijadikan warna tema Hari Wanita Sedunia di mana hijau melambangkan sebuah harapan manakala putih pula tanda kesucian.

6. Selain itu, Hari Wanita mula di sambut pada 19 Mac 1911 di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.

ini fakta dan sejarah terciptanya hari wanita sedunia
 
Masa kini, wanita juga boleh dilihat seiring dengan lelaki dalam pelbagai bidang kerjaya. Antaranya, Puan Rokiah yang juga dikenali dengan nama panggilan Kak Eka, mahir dalam memandu lori kontena, hinggakan dirinya disebut ramai sebagai ‘Akak Lori’.


 
Sumber: Astro Awani