Ini Antara Fakta Hari Raya Aidilfitri Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Hari Raya Aidilfitri disambut seluruh umat Islam setelah sebulan menahan hawa nafsu, lapar dahaga di bulan Ramadan.

ini antara fakta hari raya aidilfitri yang mungkin anda tak tahu

Bukan sahaja di Malaysia, perayaan ini sememangnya amat dinantikan oleh semua orang, disamping kita berhubung bersama keluarga dan saudara mara, kemeriahan hari raya itu mempunyai keistimewaannya tersendiri.

.

Tahukah anda, bagaimana mulanya terjadi perayaan Hari Raya Aidilfiti ini?

ini antara fakta hari raya aidilfitri yang mungkin anda tak tahu

1. Kemenangan umat Islam dalam perang Badar.

 

Takbir raya bermula apabila Baginda Rasullah S.A.W melafazkannya selepas menang perang Badar. Peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun pertama Hijrah dan dalam perang itu juga telah mengorbankan Abu Lahab.

.

2. Waktu takbir yang berbeza untuk raya Aidilfitri dan Aidiladha.

 

Tahukah anda, waktu bertakbur untuk dua perayaan ini adalah berbeza antara satu sama lain?

Untuk hari raya Aidilfitri, takbir dialunkan setelah terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan hingga selesai solat sunat Hari Raya.

Manakala untuk hari raya Aidiladha pula, takbir dialunkan pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (10 hingga 13 Dzulhijjah).

.

3. Arab pernah sambut dua kali hari raya

 

Sebelum Islam disebarkan, masyarakat Arab di Madinah pernah menyambut hari raya dua kali Hari Raya Nainuz dan Majrajan. Perayaan itu disambut dengan tarian, nyanyian, serta minuman keras dan ia turut disambut oleh mereka yang sudah memeluk Islam.

Baginda s.a.w kemudiannya bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menggantikan dua hari raya yang lebih baik daripada kedua-duanya iaitu hari raya Fitrah dan hari raya Adha.”

.

4. Perkataan A’id ada maksud tersendiri

 

A’id dalam perkataan Aidilfitri berasal dari kalimah al-Aud yang membawa maksud kembali. Jadi Hari Raya Aidilfitri membawa maksud ia kembali pada setiap tahun dan semestinya dinantikan oleh seluruh umat Islam.

ini antara fakta hari raya aidilfitri yang mungkin anda tak tahu

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN