Buah naga atau dipanggil dragon fruit merupakan buah dari jenis kaktus yang memang terkenal terutamanya khasiatnya dalam tubuh badan manusia. Tidak dinafikan pengambilan buah naga sangat disarankan kerana khasiatnya yang baik. Berikut adalah kebaikan buah naga:
- Buah naga mempunyai antioksida yang merupakan faktor yang membantu mengekalkan keanjalan kulit. Ia melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Blend buahnya sehingga halus dan sapukan pada muka untuk dijadikan masker. Masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.
- Dikatakan antioksida didalam buah naga ini melawan radikal bebas di dalam badan dan menghalang pengaktifan sel kanser. Kandungan karotena juga dapat mengurangkan jumlah tumor.
- Buah naga mempu mengurangkan tahap kolesterol dan membantu meningkatkan kesihatan jantung.
- Buah naga dapat membantu mengatasi masalah sembelit kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan dapat membantu system penghadaman. Sangat sesuai untuk seseorang yang mengalami sembelit dan sindrom ganguan usus.
- Disebabkan kandungan vitamin C nya yang sangat tinggi, ia dapat membantu meningkatkan system imun. Ia juga merangsang aktiviti antioksida yang lain. Amalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
- Ia menurunkan tekanan darah yang tinggi dan membantu meningkatkan kesihatan jantung. Buah naga dapat menurunkan risiko sakit jantung dan tekanan darah yang tinggi
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: bidadari