Faedah Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi

faedah minum air lemon suam setiap pagi

Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan. Tapi setiap perubahan perlukan usaha yang konsisten.

 Dikatakan memang bagus kalau kita minum air suam apabila bangun dari tidur, tetapi lagi bagus kalau ditambahkan hirisan lemon di dalam air suam itu supaya lebih khasiatnya. Ini kerana lemon mengandungi nutrisi sendiri dan kaya dengan vitamin c, bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.

 

  1. Seimbangkan Ph badan

Lemon merupakan buah yang sangat berakali. Kalau korang nak tahu pH badan yang berakali sanagt baik untuk kesihatan. Lemon meneutralkan asid dalam perut.

  1. Mengurangkan berat badan

Ini yang paling ramai orang suka, minum air lemon dapat membantu membakar lemak dengan lebih lancar sekaligus memastikan proses metabolism lemak berjalan dengan baik.

  1. Meningkatkan system imunisasi

Semua orang tahu lemon kaya dengan vitamin c yang berperanan dalam membantu system pertahanan badan. Amalkan secawan lemon suam setiap pagi sebelum memulakan hari anda. That’s why kalau rasa nak deman dan selsema disarankan untuk minum air lemon.

  1. Mencantikan kulit

Kandungan vitamin c dan antioksidan dalam lemon mencegah kerosakan dari radikal bebas terutama kepada cahaya UV dan toksin di persekitaran. Lemon merangsang fungsi hati dan membantu singkirkan toksin dalam badan. Lemon juga membantu dalam penghasilan kolagen yang penting untuk keanjalan dan awet muda.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumebr: mingguanwanita