![facebook dan instagram larang penggunaan tiga emoji ini](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/2019/oktober/446e896700000578-0-image-a-8_1505725554113.jpg)
Terbaru, Facebook dan Instagram kini melarang penggunaan tiga ikon emoji iaitu terung, buah peach dan juga titisan air.
Ini kerana terdapat sesetengah pengguna yang menyahgunakan ketiga-tiga emoji tersebut. Ada yang menyamakan emoji tersebut dengan bahagian tubuh badan dan tak kurang juga menggambarkan keinginan seksual mereka.
![facebook dan instagram larang penggunaan tiga emoji ini](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/2019/oktober/emoji640.jpg)
Perubahan ini adalah sebahagian daripada kemas kini peraturan Komuniti Standard di bawah Permohonan Seksual Facebook memandangkan terdapat sesetengah golongan yang mempromosikan “servis” mereka melalui platform ini.
Tindakan pengharaman ini turut diambil kerana terdapat sesetengah penguna platform yang sensitif dengan kandungan berunsur seksual.
Bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial yang mengkritik isu ini kerana dilihat terlalu fokus dengan isu seperti ini berbanding rasis dan propaganda yang ada di laman sosial.
Sumber: Metro UK