Facebook Akan Memberi Amaran Kepada Mereka Yang Baca, Tonton Dan Share Berita Palsu

facebook akan memberi amaran kepada mereka yang baca, tonton dan share berita palsu

Dalam orang lain sibuk nak menyedarkan isu COVID-19, ada juga orang yang tak bertanggungjawab menyebarkan benda yang tak betul. Masalah ni menjadi lebih teruk apabila ramai yang mudah terpengaruh dan percaya kepada berita tersebut.

Jadi, Facebook telah mengambil langkah agresif dengan memberi amaran atau menggesa kepada mereka yang telah membaca, menonton atau berkongsi perkara salah tentang COVID-19. Facebook juga akan menyarankan mereka untuk merujuk kepada website Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Korang jangan ingat kalau korang share dalam bahasa melayu pihak Facebook tak tahu ya. Sekarang ni Facebook tengah bekerjasama dengan jaringan pelbagai bahasa untuk memeriksa fakta yang dibuat. Ada lebih 50 bahasa yang tengah Facebook detect.

Tak payah lah nak sebarkan berita yang tak pasti. Bayangkan kalau berita korang tu tak betul tapi orang lain percaya dan ikut, lepas tu perkara buruk terjadi. Korang tak rasa bersalah ke nanti?

Sumber: BBC