Peperiksaan Sekolah Di Sri Lanka Dibatalkan Akibat Kertas Kurang

Ekoran negara mengalami kekurangan kertas, kerajaan Sri Lanka mengumumkan terpaksa membatalkan peperiksaan sekolah membabitkan jutaan pelajar.

peperiksaan sekolah di sri lanka dibatalkan akibat kertas kurang

Masalah kekurangan kertas ini didorong oleh kekurangan pertukaran mata wang asing yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi.

.

Ketika ini, kerajaan Sri Lanka sedang bergelut untuk mencari dolar bagi membiayai import penting seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

.

Kesan daripada masalah itu juga telah menyebabkan peperiksaan yang dijadualkan selama seminggu bermula Isnin depan ditangguhkan kerana kekurangan kertas.

.

Ia sekaligus menjejaskan dua pertiga daripaa 4.5 juta pelajar yang menduduki peperiksaan.

.

Sri Lanka ketika ini sedang berhadapan dengan krisis kewangan terburuk sejak kemerdekaan pada tahun 1948, susulan daripada pandemik COVID-19 yang menutup sektor pelancongan Sri Lanka.

peperiksaan sekolah di sri lanka dibatalkan akibat kertas kurang

Sumber: [1]