Peperiksaan di Britain Tergendala Kerana Ramai Pengawas Takut COVID-19

Peperiksaan di sekolah Britain bakal tergendala kerana kurangnya pengawas peperiksaan pada musim panas ini.

peperiksaan di britain tergendala kerana ramai pengawas takut covid-19

Menurut laporan, ramai pengawas peperiksaan yang enggan menghadirkan diri menyelia peperiksaan kerana takut dijangkiti wabak COVID-19.

.

Isu itu mendapat perhatian Persatuan Pemimpin Sekolah dan Kolej (ASCL) yang menegaskan masalah ini perlu diatasi dengan segera seperti digantikan oleh kakitangan lain dan ibu bapa pada masa tertentu.

.

Menurut ASCL, isu kekurangan pengawas peperiksaan ini mungkin terjadi disebabkan mereka sudah mendapat pekerjaan baharu atau bimbang dijangkiti COVID-19 di sekolah.

.

“Ia jelas menunjukkan terdapat kesukaran untuk merekrut pengawas peperiksaan yang mencukupi.

“Saya rasa sekiranya kit Covid-19 diberikan secara percuma kepada pelajar yang menduduki peperiksaan, sudah tentu ia akan meyakinkan kakitangan itu.

“Justeru, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini,” kata Setiausaha Agung ASCL, Geoff Barton.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN