Everton & Aston Villa Mencabar 'Big 6'

Kedua-dua pasukan ini tak patut dipandang enteng lagi dalam saingan EPL musim ini.

Sebabnya, Everton dengan Aston Villa ni merupakan pasukan yang masih belum kalah setakat ini.

Selepas 5 perlawanan, Everton duduki tangga teratas dengan 13 mata.

Dalam 5 perlawanan ni, Everton berjaya kalahkan Tottenham 1-0 dan seri 2-2 dengan Liverpool dalam perlawanan yang cukup panas baru-baru ini.

everton & aston villa mencabar

Individu yang paling layak menerima pujian ke atas kebangkitan Everton tak lain tak bukan pengurusnya, Carlo Ancelotti.

Ancelotti berjaya dapatkan James Rodriguez secara percuma daripada Real Madrid yang akhirnya berjaya mengubah corak permainan The Toffees.

everton & aston villa mencabar

everton & aston villa mencabar

Rodriguez pamer prestasi cemerlang setakat ini dengan 3 gol dan 3 'assists'.

Seorang lagi pemain yang meningkat naik untuk Everton ialah penyerangnya, Dominic Calvert-Lewin yang telah jaringkan 7 gol!

Calvert-Lewin juga muncul pemain Everton pertama menjaringkan gol dalam kesemua 5 perlawanan pertama liga sejak 1938.

everton & aston villa mencabar

Aston Villa pulak telah harungi 4 perlawanan dan menang kesemuanya untuk duduki tangga ke-2 dengan 12 mata.

Salah satu kemenangannya ialah mengaibkan juara bertahan, Liverpool 7-2. Ye, 7-2. Ini video dia.

Liverpool ni betul ke juara bertahan? Seri dengan Everton, kalah dengan Aston Villa. Hmm.

Berbalik kepada Villa, pasukan ini berjaya dapatkan khidmat Ross Barkley daripada Chelsea secara pinjaman pada hujung September.

everton & aston villa mencabar

Barkley kemudian jaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut-turut iaitu ketika menang besar lawan Liverpool dan berdepan Leicester semalam.

Kapten Aston Villa, Jack Grealish ni pun boleh tahan 'solid' atas padang. Grealish ni mengamalkan 'kepimpinan melalui tauladan' la kiranya; Pemain yang sentiasa bekerja keras untuk bantu pasukan dia menang.

Adakah masih terlalu awal untuk menilai Everton & Aston Villa ni atau mereka ini benar-benar pencabar kejuaraan musim ini? Sama-sama kita tunggu.

Ok, kita tahu dua pasukan ni mendahului saingan EPL kan? Mana pasukan 'Big 6'?

everton & aston villa mencabar

Ok, 5 pasukan daripada 'Big 6' ada dalam kelompok 10 terbaik. Yang satu lagi tu mana? Main bola ke isi masa lapang?

Oleh : Karami Kamel