UEFA EURO 2020: Sepanyol Ke Pusingan 16 Selepas Tewaskan Slovakia 5-0

Sepanyol berjaya meraih kemenangan 5-0 terhadap Slovakia sekali gus melayakkan diri ke pusingan 16 Euro 2020 awal pagi tadi.

euro 2020: sepanyol ke pusingan 16 selepas tewaskan slovakia 5-0

Menerusi skuad yang diketuai Luis Enrique itu, pasukan Sepanyol hanya memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka setelah sekadar seri dalam dua perlawanan pertama dalam Kejohanan Eropah itu.

Keseluruhan lima gol itu datangnya daripada jaringan pertama Aymeric Laporte di peringkat antarabangsa yang menjadikan kedudukan 2-0 manakala sebelum waktu rehat dan penyudah Pablo Sarabia dan Ferran Torres selain gol sendiri Juraj Kucka dalam babak berikutnya.

Penjaga gol Slovakia, iaitu Martin Dubravaka berhasil menyelamatkan sepakan penalti untuk lima kali berturut-turut.

Bagaimanapun dia tewas apabila secara janggalnya menolak masuk bola ke gawang sendiri susulan cubaan Pablo Sarabia dari jarak jauh yang terkena palang setengah jam setelah perlawanan itu berlangsung.

Kemenangan 5-0 terhadap Slovakia itu sekali gus menjadi kejayaan yang pertama untuk skuad Sepanyol yang berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Kejohanan Eropah.

Susulan kemenangan itu, Sepanyol dijadualkan untuk berentap dengan Croatia di Stadium Parken bagi penentuan ke suku akhir awal pagi Selasa ini.

Sekadar perkongsian, skuad Sepanyol kali ini diketuai Luis Enrique.

 

Sumber: [1]