EURO 2020 - Malam Paling Epik!

euro 2020 - malam paling epik!

Peminat bola sepak dihidangkan dengan 2 perlawanan dramatik aksi pusingan 16 terbaik EURO 2020. Itu pun hanya kepada mereka yang mengorbankan waktu tidur mereka. Kepada yang terlelap, terpaksa berpuas hati dengan menonton highlights je lah.

Perlawanan pertama adalah antara Croatia dengan Sepanyol. Skuad La Roja menguasai perlawanan pada peringkat awal. Namun penjaga golnya, Unai Simon gagal mengawal kemas hantaran rakan sepasukan, Pedri dan bola menerjah gawang untuk memberikan gol pendahuluan kepada Sepanyol.

euro 2020 - malam paling epik!

Namun skuad kendalian Luis Enrique mengekalkan corak permainan agresif apabila menjaringkan 3 gol berikutnya untuk selesa mendahului 3-1. Ketika perlawanan berbaki 5 minit, kapten Croatia, Luka Modric membuat gerakan cantik menggelecek ke dalam kotak penalti Sepanyol. Mislav Orsic kemudian melakukan rembatan jarak dekat selepas situasi kucar-kacir di hadapan gol untuk menjaringkan gol ke-2 Croatia.

euro 2020 - malam paling epik!

Seakan mendapat nafas baru, Croatia terus mengasak dalam usaha mendapatkan gol penyamaan. Pada waktu kecederaan, Orsic membuat hantaran ke dalam kotak penalti Sepanyol terus ditanduk masuk oleh pemain gantian, Mario Pasalic untuk mengikat kedudukan 3-3.

euro 2020 - malam paling epik!

Memasuki waktu tambahan, Croatia mula keletihan dan Sepanyol kembali menguasai perlawanan. Alvaro Morata menjaringkan gol ke-4 La Roja pada minit ke-100 sebelum Mikel Oyarzabal menambah jaringan 3 minit kemudian. Kali ini, Croatia tidak lagi mampu bangkit. Untuk bangkit 2 kali selepas ketinggalan 2 gol dalam perlawanan yang sama adalah sesuatu yang hampir mustahil. Biarpun gagal mara ke suku akhir, Croatia berjaya memenangi hati penyokong bola sepak seluruh dunia dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Malam epik EURO 2020 tidak terhenti di situ. Satu lagi aksi membabitkan Perancis dan Switzerland pula berlangsung. Finalis EURO 2016, pemenang Piala Dunia 2018 dan juara kumpulan F, Perancis merupakan pasukan pilihan untuk ke suku akhir. Apatah lagi berdepan Switzerland yang layak ke peringkat ini dengan menduduki tempat ke-3 kumpulan A.

euro 2020 - malam paling epik!

Seperti Croatia, Switzerland buat kejutan apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan Haris Seferovic pada minit ke-15. Switzerland berpeluang menambah jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-54. Namun penjaga gol Perancis, Hugo Lloris berjaya menyelamatkan sepakan Ricardo Rodriguez.

euro 2020 - malam paling epik!

Selang beberapa minit kemudian, Perancis berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 2 minit menerusi Karim Benzema. Skuad kendalian Didier Deschamps itu seakan-akan sudah pasti ke suku akhir apabila Paul Pogba menjaringkan gol ke-3 Les Bleus dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti. Lebih-lebih lagi apabila Pogba menari untuk meraikan golnya yang berpeluang dinobat sebagai gol tercantik kejohanan tersebut.

euro 2020 - malam paling epik!

Namun, Switzerland enggan mengaku kalah. Seferovic berjaya menanduk masuk hantaran silang rakan sepasukannya pada minit ke-80 untuk merapatkan kedudukan. 4 minit kemudian, Switzerland berjaya menggegar gawang Perancis menerusi Mario Gavranovic. Namun jaringan tersebut dibatalkan kerana offside. Pada minit ke-90, suasana di National Arena, Romania gegak gempita apabila Switzerland akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Gavranovic.

euro 2020 - malam paling epik!

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dalam masa tambahan dan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Switzerland berjaya menyempurnakan kesemua sepakan penalti mereka. Kylian Mbappe diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti terakhir Perancis dan rembatannya diselamatkan penjaga gol Swiss, Yann Sommer.

euro 2020 - malam paling epik!

Switzerland catat kemenangan di luar jangkaan dengan menyingkirkan Perancis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke suku akhir kejohanan tersebut.

2 lagi aksi pusingan 16 terbaik akan berlangsung selepas ini. Perlawanan tumpuan sudah pastinya antara England dengan Jerman. Namun selepas aksi semalam, jangan terkejut kalau perlawanan antara Ukraine dan Sweden bakal memberikan lebih aksi dan drama.

 

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN