EURO 2020 – Kebangkitan semula Itali?

euro 2020 – kebangkitan semula itali?

Itali muncul pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik EURO 2020. The Azzuri mencatat 2 kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Turki dan Switzerland 3-0 pada aksi kumpulan A. Skuad kendalian Roberto Mancini menamatkan saingan kumpulan dengan menewaskan Wales 1-0 untuk muncul sebagai juara kumpulan.

euro 2020 – kebangkitan semula itali?

Bagi mengetahui kebangkitan ini, kita perlu kembali kepada 4 tahun lepas. Tahukah anda bahawa Itali gagal layakkan diri ke Piala Dunia 2018? Ketika itu, skuad kebangsaan Itali menerima kritikan hebat. Buat kali pertama sejak 1958, juara 4 kali itu tidak akan beraksi pada Piala Dunia selepas tewas 0-1 secara agregat kepada Sweden dalam perlawanan play off. Kegagalan itu turut menyaksikan pengurusnya, Gian Piero Ventura meletakkan jawatan. 6 bulan kemudian, Roberto Mancini dilantik sebagai pengurus baru Itali dan segalanya mula berubah.

euro 2020 – kebangkitan semula itali?

Kemenangan ke atas Wales menyaksikan skuad kendalian Mancini ini telah harungi 30 perlawanan berturut-turut tanpa kalah sekaligus menyamai rekod yang dicipta mereka antara 1935 hingga 1938. Kekalahan terakhir mereka ialah tewas 0-1 kepada Portugal pada aksi Liga Negara-Negara pada 2018.

euro 2020 – kebangkitan semula itali?

Lebih mengagumkan, benteng pertahanan Itali kembali kukuh di bawah kendalian Mancini. Aksi berdepan Wales merupakan perlawanan ke-10 berturut-turut Itali tidak melepaskan sebarang gol. Setidaknya, Mancini berjaya mengembalikan zaman kegemilangan pertahanan Itali ketika Maldini, Nesta dan Cannavaro beraksi.

euro 2020 – kebangkitan semula itali?

Jadi, mampukan Itali cipta kejayaan pada kejohanan EURO kali ini? Berdasarkan prestasi semasa dan rekod pertahanan mereka, Itali ada peluang. Namun, Mancini sendiri akui bahawa pasukannya tidak boleh ambil mudah cabaran yang bakal dihadapi bermulanya pusingan kalah mati EURO 2020. Sekiranya Mancini mampu pastikan benteng pertahanannya mengekalkan prestasi, Itali bakal jadi pencabar utama untuk menjulang trofi EURO tahun ini sekaligus mengulangi pencapaian mereka pada 1968 – kejuaraan tunggal mereka pada kejohanan tersebut.

 

Oleh: Karami Kamel