Eropah Diramal Alami Gelombang Haba Ekstrem Pada 2100

Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) memberi amaran negara di Eropah bakal mengalami gelombang haba ekstrem menjelang 2100 jika pelepasan gas rumah hijau masih meningkat.

eropah diramal alami gelombang haba ekstrem pada 2100

Gelombang haba ekstrem itu bakal membuatkan negara-negara ini mengalami peningkatan suhu 50 darjah Celsius setiap tiga tahun seandainya tiada tindakan pencegahan dibuat dari sekarang.

 

Benua Eropah dijangka dilanda gelombang haba yang disebut sebagai ‘Lucifer’ pada 2100, namun situasi itu boleh dielakkan jika dunia mengambil tindakan membendung masalah tersebut.

eropah diramal alami gelombang haba ekstrem pada 2100

Menurut Prof. Peter Stott, situasi semasa yang berlaku ketika ini membuktikan bahawa peningkatan kepada suhu ekstrem itu boleh dan tidak mustahil untuk berlaku.

 

Jika dilihat kepada susur masa, gelombang haba yang dinamakan ‘Lucifero’ melanda selatan Eropah pada 2017 dengan suhu melepasi 40 darjah Celsius. Ia diikuti kejadian sama di Itali pada Ogos lalu dengan suhu panas melampau setinggi 48.8 darjah Celsius.

 

Menurut saintis, dunia perlu mengurangkan pelepasan karbon hingga kepada angka sifar pada 2050 bagi mengelakkan peningkatan suhu ekstrem serta kesan buruk akibat perubahan iklim.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN