Radio ERA, SINAR, HITZ Kekal Jadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia – Kajian RAM

Saluran Astro Radio terus mempertahankan kedudukan sebagai pilihan utama pendengar dengan stesen-stesen terkemuka seperti ERA, SINAR dan HITZ kekal menguasai carta tahun ini.

radio era, sinar, hitz kekal jadi pilihan utama rakyat malaysia – kajian ram

Kajian dibuat Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2023 mendapati saluran-saluran Astro Radio mencapai 16.3 juta pendengar setiap minggu dan 76 peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.

 

Jenama Astro Radio turut mengekalkan kedudukan di tempat teratas carta bagi kesemua bahasa iaitu ERA bagi jenama Bahasa Malaysia, HITZ bagi Bahasa Inggeris; MY bagi jenama Bahasa Cina dan RAAGA bagi jenama Bahasa Tamil.

 

Bagi jenama Bahasa Malaysia, empat saluran Astro Radio mengungguli top 10 jenama paling popular, didahului oleh stesen ERA dengan 5.6 juta pendengar, diikuti oleh SINAR di tempat kedua dengan 5.05 juta pendengar, GEGAR di tempat kelima dengan 1.9 juta pendengar dan ZAYAN di tempat kesembilan dengan 385,000 pendengar.

 

Manakala bagi jenama Bahasa Inggeris, HITZ mendahului carta dengan 2.4 juta pendengar diikuti oleh MIX di tempat ketiga dengan lebih sejuta pendengar dan LITE di tempat keempat dengan 797,000 pendengar.

 

Jenama Bahasa Cina pula didahului oleh stesen MY dengan 2.8 juta pendengar dan carta jenama Bahasa Tamil tetap diungguli RAAGA dengan 1.6 juta pendengar.

 

Secara keseluruhannya, saluran Astro Radio menguasai 69.3 peratus pendengar Bahasa Melayu, 87.1 peratus bagi pendengar Bahasa Inggeris, 73.2 peratus pendengar Bahasa Cina dan 90.9 peratus pendengar Bahasa Tamil.

Sumber: Astro AWANI