Era Baru Barcelona

era baru barcelona

Buat kali pertama selepas 17 tahun, Barcelona akan beraksi dalam saingan Liga Europa. Kali terakhir Barca sertai kejohanan tersebut, ia masih dikenali sebagai Piala UEFA. Punya lama Barca tak beraksi dalam Liga Europa, individu yang lahir pada tahun tu dah jawab SPM pun tahun ni.

era baru barcelona

Skuad kendalian Xavi itu tewas 0-3 kepada Bayern Munich pada aksi terakhir kumpulan E untuk tamatkan saingan di tempat ke-3 sekaligus gagal mara ke peringkat seterusnya. Legenda kelab itu sudah tentu berang dengan prestasi anak buahnya yang gagal pamer prestasi terbaik pada perlawanan tersebut. Jangankan prestasi terbaik, nak bagi tentangan kepada Bayern pun susah.

Tak dinafikan Barcelona sedang alami transisi sekarang ni. Daripada sebuah kelab yang mendominasi bola sepak Eropah, kepada pasukan yang Manchester United. Eh? Hahaha.

Tolak tepi masalah kewangan, barisan pemain yang Barca ada ketika ini belum cukup untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara. Macam ni la, kalau dalam La Liga pun dekat nombor 7, macam mana nak pergi jauh dalam UCL kan?

era baru barcelona

Jangan salah faham, Barcelona masih ada pemain berkualiti seperti Memphis Depay, Ousmane Dembele, Gerard Pique dan Sergio Busquets. Belum kira pemain muda mereka seperti Ansu Fati, Gavi dan Pedri. Kalau ikutkan dah gempak dah ni. Itu pun sengaja je tak letak nama Philippe Coutinho, Frenkie de Jong dan Luuk de Jong. Jadi apa sebenarnya masalah Barcelona ni?

era baru barcelona

Tempoh transisi ni memang sukar untuk mana-mana pasukan. Tak peduli la dia dah menang UCL 6 kali ke (ye, tengah mengata Liverpool ni) atau tak pernah menang langsung (jangan ingat Arsenal terselamat). Penyokong Barca mungkin dah biasa dengan kemenangan dan trofi ketika zaman Lionel Messi, Andres Iniesta dan Xavi sendiri. Tapi kena ingat, kegemilangan pada waktu itu berpunca daripada kepercayaan pasukan terhadap pemain akademinya, La Masia.

era baru barcelona

Sebaik Barca mengamalkan konsep membeli pemain bintang seperti Neymar, Suarez dan Rakitic, pemain akademi kurang mendapat tempat dalam pasukan senior. Jadi, macam mana nak ada pelapis? Macam mana DNA tiki-taka tu nak berterusan. Kan?

Kepada penyokong Barcelona, tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Turun naik dalam bola sepak ni benda biasa. Bak kata orang tua-tua, “dunia ibarat roda, kejap di atas kejap di bawah”. Letakkan kepercayaan kepada Xavi kerana dia kenal Barca luar dan dalam. Kemudian berikan dia masa yang cukup. Jangan bagi 2-3 bulan je, bagi 2-3 tahun.

era baru barcelona

Tapi, jangan lama sangat tempoh transisi ni. Sebab contoh dah ada. Ada yang sampai 30 tahun tak menang liga (ye, masih mengata Liverpool), ada yang 3-4 tahun dan ada yang masih mengimbau zaman Tok Ferguson.
 


Oleh: Karami Kamel