Sterling Pastikan England Ke Pusingan 16 Terbaik Euro 2020

Pasukan pilihan, England akhirnya berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik UEFA Euro 2020 apabila menewaskan Republik Czech 1-0 awal pagi tadi.

sterling pastikan england ke pusingan 16 terbaik euro 2020

Jaringan menerusi tandukan cantik Raheem Sterling pada minit ke-12 sudah cukup buat skuad The Three Lions mara ke pusingan kalah mati pada kejohanan berkenaan.

sterling pastikan england ke pusingan 16 terbaik euro 2020

Menerusi kedudukan dalam kumpulan semasa, Republik Czech juga berpeluang mara ke pusingan 16 terbaik namun perlu menunggu keputusan perlawanan lain bagi mengesahkan kemaraan.

Sehingga 23 Jun 2021, pasukan yang telahpun mara ke pusingan kalah mati adalah Wales vs Denmark, Itali vs Austria, Belanda, Belgium, Crotia dan England.

 

Perlawanan tumpuan antara 8 pasukan bagi peringkat kumpulan pada awal pagi nanti amat dinantikan bagi melihat baki kumpulan yang akan mara ke pusingan berikutnya.

sterling pastikan england ke pusingan 16 terbaik euro 2020

Jangan terlepas untuk dengarkan perlawanan UEFA Euro 2020 di aplikasi SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!