Enggan Ketemu Keluarga, Lelaki Di China Ini Sanggup Menetap Di Lapangan Terbang, Dah Lebih 14 tahun

Kerana enggan diganggu keluarganya, seorang lelaki warga China telah menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing selama 14 tahun.

enggan ketemu keluarga, lelaki di china ini sanggup menetap di lapangan terbang, dah lebih 14 tahun

Selepas kehilangan pekerjaannya di awal usia 40-an, Wei Jianguo menjadi sangat tertekan sehingga dia menghabiskan hari-harinya dengan meminum alkohol dan menghisap rokok.

Keluarga dia yang tidak menyukai perbuatannya itu memberitahu bahawa dia harus melepaskan tabiat merokok dan minumnya itu jika dia mahu terus tinggal bersama mereka.

Demikian itu, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Lapangan Terbang Beijing.

“Saya tidak boleh pulang ke rumah kerana saya tidak mempunyai kebebasan di sana,” kata Wei Jianguo kepada China Daily.

“Keluarga saya memberitahu saya jika saya mahu tinggal, saya perlu berhenti merokok dan minum. Jika saya tidak dapat berbuat demikian, saya terpaksa memberi mereka semua elaun kerajaan bulanan saya sebanyak 1,000 yuan (RM). Tetapi bagaimana saya hendak membeli rokok dan alkohol saya?”

Wei berkata bahawa dia sentiasa boleh pulang ke rumah, tetapi dia tidak mahu.

Malah, dia pernah dibawa ke rumahnya di Wangjing oleh polis dan pengawal keselamatan selama ini, tetapi dia selalu kembali.

Menurutnya, kemudahan moden di lapangan terbang memberikannya segala yang dia yang perlu, dan dia dapat melakukan perkara yang dia suka tanpa diganggu oleh keluarganya yang ketat.

Lelaki penganggur itu, yang kini berusia 60an, menggunakan periuk elektrik untuk membuat makanannya betul-betul di terminal lapangan terbang, tetapi dia kadang-kadang membeli makanan yang dimasak dari salah satu restoran di sana, yang katanya menyediakan pelbagai jenis makanan menarik pada harga setanding dengan pilihan makanan yang ada di tengah Beijing.

Wei Jianguo menyimpan peralatan dapur mudah alihnya, selimut dan pakaian di dalam beberapa beg pakaian dan mendakwa dia tidak memerlukan apa-apa lagi selain itu.

Katanya, selagi dia mempunyai kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja dia mahu tanpa perlu dikritik oleh keluarganya yang ketat, dia berasa gembira.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN