Enam Maut Apabila Pesawat Membawa Peralatan Perubatan COVID-19 Terhempas

enam maut apabila pesawat membawa peralatan perubatan covid-19 terhempas

Semenjak dua menjak ni, banyak benda yang berlaku kan? Ada yang menakutkan dan ada yang menyedihkan.

Terbaru, sebuah pesawat yang membawa bekalan perubatan COVID-19 telah terhempas di Somalia pada hari Isnin lepas. Berdasarkan laporan media tempatan, pesawat kendalian East African Express Airways itu telah terhempas di bandar Bardale.

Menteri Pengangkutan Somalia, Mohamed Salad berkata melaporkan kepada Reuters bahawa enam penumpang dan kru tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. Menurutnya juga, pesawat tersebut dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar dan membawa penumpang warga Kenya dan Somalia.

Dalam suasana sekarang ni, sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik buat dunia.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN