Kucing Ditahan Kerana Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram

Enam ekor kucing jenis pedigri telah dirampas pihak berkuasa Thailand dalam satu serbuah ke atas sindiket dadah pada Selasa lalu.

kucing ditahan kerana terlibat dalam pengubahan wang haram
 
Kucing-kucing berkenaan dikatakan dipercayai diguna sindiket tersebut daripada kegiatan pengubahan wang haram.
 
Lima daripada kucing yang di ‘tahan’ adalah daripada jenis baka Scottish Fold dan seekor lagi dari baka Bengal, dirampas di sebuah rumah dekat Rayong, milik wanita yang dipercayai digunakan untuk kegiatan sindiket berkenaan.

kucing ditahan kerana terlibat dalam pengubahan wang haram
 
Menurut polis, wanita tersebut sering berjaya meloloskan diri daripada serbuan polis sejak Januari, namun akhirnya berjaya diberkas. Mereka turut merampas rumah, tanah dan kereta milik wanita tersebut.
 
"Pemilik kucing tersebut telah membantu pihak berkuasa dalam siasatan kami. Dan kini kami telah mendapat waran untuk menangkapnya.
"Enam kucing tersebut dinilai berpuluh ribu baht Thailand dan dianggap sebagai pengubahan wang haram," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Biro Narkotik Thailand, Pornchai Charoenwong kepada Reuters.
 
Menurut polis, sekiranya wanita itu membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak terlibat dalam sindiket berkenaan, kesemua harta termasuk kucingnya akan dipulangkan, atau dibayar balik nilainya.
 
Sumber: Astro Awani / Reuters
 
 

ARTIKEL BERKAITAN