Empat Remaja Bakar Rumah Akibat Rasa Bosan

Empat remaja perempuan dari Pennyslvania, Amerika Syarikat yang sedang kebosanan membuat kerja gila dengan membakar sebuah rumah.

empat remaja bakar rumah akibat rasa bosan

Menurut New York Post, kumpulan remaja terbabit membakar sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Pennyslvania sebelum memuatnaik rakaman kebakaran itu di Snapchat.

 

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 April lalu dengan membakar sebuah rumah jenis duplex.

Polis yang mengesahkan kejadian terbabit menggunakan hantaran di media sosial bagi mengenalpasti suspek sebelum menahan empat remaja berusia 12 hingga 14 tahun.

 

Dalam laporan itu juga menyebut seorang pegawai polis dan bomba mengalami kecederaan ringan semasa cuba memadamkan api kebakaran.

 

Tindakan kumpulan remaja ini akan dibicarakan di mahkamah juvana atas kesalahan melakukan pembakaran, menyebabkan kecelakaan, menceroboh dan juga membahayakan orang lain.

 

Sumber: New York Post

 

ARTIKEL BERKAITAN