Empat Lelaki Sertai Pertandingan Tatap Gambar Bekas Kekasih

empat lelaki sertai pertandingan tatap gambar bekas kekasih

Kalau korang pernah ke Indonesia sewaktu hari Kemerdekaan di sana, pasti korang tahu kemeriahannya macam mana. Seluruh kampung akan menganjurkan macam-macam aktiviti di sana.

Tapi, baru-baru ini gambar empat pemuda sedang duduk di atas kerusi sambil memegang potret bekas kekasih menjadi viral dan menangkap perhatian ramai. Rupa-rupanya, mereka sedang menyertadi pertandingan menatap gambar bekas kekasih paling lama.

Menurut pihak penganjur, acara itu sekadar suka-suka bersempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia yang ke 75.

Tapi apa yang melucukan adalah reaksi mereka yang nampak tenang tatkala menatap gambar bekas kekasih masing-masing yang dicetak pada kertas A4. Tak kurang yang menutup muka kerana tidak sanggup meneruskan pertandingan itu.

Whoaa! Kalau korang, sanggup tak?

Sumber: Tribun News

ARTIKEL BERKAITAN