Jika anda mempunyai akaun media sosial X (dahulunya disebut sebagai Twitter) yang tidak aktif dalam tempoh melebihi 30 hari, akaun anda itu mungkin akan dijual kepada individu lain yang menghendakinya.
![elon musk akan mula jual akaun x yang tidak aktif lebih 30 hari](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-06-at-5-40-51-pm.png)
Menurut laporan, syarikat milik bilionair Elon Musk itu kini sedang membangunkan ruang jual beli untuk akaun-akaun yang tidak lagi aktif selepas didaftarkan.
Untuk itu, peringatan berupa emel sudah mula dihantar kepada pihak yang mungkun berminat dengan bayaran $50,000 dikenakan untuk membeli akaun tertentu.
Terdahulu, Elon Musk berkata pihaknya sudah memadam 1.5 bilion akaun X yang tidak aktif, bertujuan bagi memerangi akaun spam dan juga bot.
![elon musk akan mula jual akaun x yang tidak aktif lebih 30 hari](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-06-at-5-40-14-pm.png)
Tidak aktif menurut X adalah akaun yang tidak dilog masuk lebih daripada 30 hari.
Bermaksud, jika anda mempunyai akaun X yang sudah lama tidak dilog masuk, sila lakukannya sekarang supaya ia tidak dijual oleh X secara tiba-tiba.
Tindakan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk aplikasi X menjana pendapatan yang dilapor semakin merosot selepas setahun Elon Musk mengambil alih aplikasi berkenaan.
Sebelum ini, X turut juga memperkenalkan dua pelan baharu untuk X Premium, dan mengenakan bayaran $1 untuk akaun-akaun baharu pengguna di New Zealand dan Filipina.
Sumber: Astro AWANI