Elon Musk Kata 'Jepun Bakal Lenyap' Sekiranya Kadar Kelahiran Rendah Berterusan

Pengasas Tesla Inc, Elon Musk mencetuskan amarah dan sindiran daripada orang ramai selepas satu ciapannya di Twitter mengatakan ‘jangka hayat Jepun akan berakhir’ sekiranya tiada usaha kerajaan yang dilakukan bagi meningkatkan kadar kelahiran di negara matahari terbit itu.

elon musk kata 'jepun bakal lenyap' sekiranya kadar kelahiran rendah berterusan

Bagaimanapun, kemarahan dan sindiran itu ternyata ditujukan kepada Kerajaan Jepun selepas ramai mendakwa tiada usaha yang dilakukan untuk menangani isu tersebut.

“Berhadapan dengan risiko untuk menyatakan sesuatu yang sudah jelas, melainkan sesuatu dilakukan untuk meningkatkan kadar kelahiran berbanding kematian, Jepun akan lenyap. Ini bakal menjadi kehilangan besar untuk dunia,” tulis Musk di Twitter.

Populasi Jepun memuncak pada 2008, namun terus menurun sejak itu dengan kadar kelahiran yang dicatatkan pada tahun lalu hanya sekitar 125 juta dengan penurunan sebanyak 644,000.

Walaupun kerajaan pernah memberi amaran, tetapi tiada penyelesaian yang berkesan dilakukan bagi menangani isu itu.

Jepun merupakan negara yang penting berikutan ia menjadi ekonomi ketiga terbesar dunia dan negara pangkalan kepada beberapa syarikat terkemuka dunia dari dunia, dari pengeluar kereta sehingga pembuat permainan komputer.

Biarpun ramai mengkritik kenyataan Musk itu, tetapi pemerhati dari Jepun tidak menafikan situasi tersebut, malah mengakui bahawa kerajaan negara itu tidak mengambil langkah sepatutnya seperti mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak bagi memudahkan ibu perlu keluar bekerja.


Sumber: [1]