Elon Musk Buka Mulut Tentang Amber Heard & Johnny Depp

Manusia terkaya dunia, Elon Musk akhirnya buka mulut mengenai kes Johnny Depp dan Amber Heard.

elon musk buka mulut tentang amber heard & johnny depp

Depp pernah mendakwa dalam tuntutan mahkamah bahawa bekas isterinya memulakan hubungan sulit dengan pengasas bersama Tesla itu hanya sebulan selepas mereka berkahwin.

Musk yang pernah menjalinkan hubungan bersama Heard menerusi jurucakapnya, berkata, “Elon dan Amber tidak berjumpa antara satu sama lain hingga Mei 2016, dan itu pun jarang berlaku. Hubungan mereka tidak menjadi romantik sehingga beberapa ketika kemudian.”

Terdahulu, Musk pernah disenaraikan sebagai saksi berpotensi dalam kes melibatkan Heard dan Depp.

Bekas pasangan kekasih itu bertemu sekitar musim panas 2012 iaitu semasa mereka bekerja di set penggambaran filem ‘Machete Kills’ yang mana Musk muncul sebagai cameo.

Pada April 2017, Heard dan Musk dilihat meluangkan masa bersama sebagai pasangan buat kali pertama semasa melawat Perlindungan Hidupan Liar Currumbin di Gold Coast Australia.

 

Sumber: [1]