Elon Musk Berjaya Beli Twitter Pada Harga RM191 Bilion

Twitter mendedahkan bahawa ia telah bersetuju untuk menjual platformnya sendiri kepada lelaki terkaya dunia, Elon Musk menerusi satu perjanjian yang bernilai AS$44 bilion (RM191,334,000,000).

elon musk berjaya beli twitter pada harga rm191 bilion

Perjanjian itu, yang akan menjadikan syarikat itu persendirian, sekaligus menamatkan konflik yang mana Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX yang merupakan salah satu pemegang saham terbesar Twitter itu berkeras untuk menolak kerusi di lembaganya dan membida untuk membila syarikat tersebut, yang mana semuanya tercetus dalam masa kurang dari sebulan.

Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham akan menerima wang tunai AS$54.20 (RM235.69) untuk setiap saham Twitter yang mereka miliki, selaras dengan tawaran asal Musk serta menandakan premium 38 peratus berbanding harga saham sehari sebelum Musk mendedahkan kepentingannya dalam syarikat itu.

“Bersuara bebas adalah asas kepada demokrasi yang berfungsi, dan Twitter ialah dataran bandar digital di mana perkara penting untuk masa depan umat manusia dibahaskan,” kata Musk dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Twitter mempunyai potensi yang sangat besar - saya berharap dapat bekerjasama dengan syarikat dan komuniti pengguna untuk membuka kuncinya.”

 

Sumber: [1]