Elakkan Beli Baby Nenas, Ini Adalah Antara Sebabnya…

Kepada ibu bapa diluar sana, hati-hati apabila memberikan anak-anak makan nenas. Terutamanya baby nenas. Ini adalah kerana, baby nenas berkemungkinan ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate. 

elakkan beli baby nenas, ini adalah antara sebabnya…

Menurut perkongsian Dr Mazliana di laman Facebook miliknya, Cyclamate adalah pengganti gula. Kemanisan dia adalah 30 - 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis. 

Selain itu, Cylamate juga bukan sahaja tiada nutrisi baik untuk anak-anak, malah ia juga akan beri kesan buruk jika diambil. 

Walau bagaimanapun,  cylamate sudah pun diharamkan di beberapa buah negara. Tetapi, di Malaysia sendiri pun, kita masih boleh menjumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.

Jadi, untuk kebaikan diri kita dan keluarga, kita sendiri perlulah berhati-hati. Lebih baik cari nenas yang bersaiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate. 

“Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat. Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya”, tambah Dr Mazliana. 

 

Sumber: Facebook @Mazliana Mazlan