El Salvador Kini Negara Pertama Yang Iktiraf Penggunaan Bitcoin

El Salvador memecah rekod dengan menjadi negara pertama di dunia yang menerima penggunaan mata wang kripto (bitcon) sebagai sah diperlakukan.

el salvador kini negara pertama yang iktiraf penggunaan bitcoin

Langkah terbabit diambil bagi tujuan menurunkan kos komisen bagi berbilion-bilion dolar yang dihantar pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, golongan pengkritik bimbang bahawa ia hanya akan mencetuskan lebih banyak aktiviti pengubahan wang haram.

Perancangan tersebut diperkenalkan presiden negara tersebut yang muda dan popular, iaitu Nayib Bukele.

Menurutnya, ia membenarkan rakyat El Salvador untuk berjimat kira-kira AS$400 juta yang dibelanjakan setiap tahun dalam komisen kiriman wang, yang mana kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat (AS).

“Ini akan membawa manfaat. Kami mempunyai keluarga di AS dan mereka boleh menghantar wang tanpa caj. Pihak bank mengenakan caj bagi wang yang dihantar dari AS ke El Salvador,” ujar salah seorang rakyat negara tersebut.

Sebagai tambahan, pihak kerajaan negara tersebut dilaporkan telah mula menyiapkan mesin pengeluaran wang (ATM) dengan dompet digital Chivo yang membolehkan mata wang kripto ditukar kepada dolar dan dikeluarkan tanpa komisen.

“Sama seperti semua inovasi, proses bitcoin El Salvador mempunyai keluk pembelajaran. Setiap jalan menuju masa depan adalah seperti ini dan tidak semuanya akan dicapai dalam masa sehari, atau dalam sebulan,” jelas Bukele.

 

Sumber: [1]